Khamis, 1 Oktober 2015

AYAM GORENG BERTUMIS HALIA

AYAM  GORENG  BERTUMIS HALIA  


Bahan-bahan diperlukan

1 ekor ayam – bersihkan dan potong kecil-kecil
 Gaul dengan garam dan goreng hingga separuh masak tanpa bersalut tepung

6 ulas bawang merah
( kisar  / tumbuk kasar )
3 ulas bawang putih  ( kisar  / tumbuk kasar )

100  gm halia ( potong layang tipis-tipis )
2 biji bawang besar   ( belah dan ceraikan kelopaknya)
1 biji  lada benggala   ( potong kecil )
3 biji tomato sederhana besarnya (biasanya  dipotong 6 )
1  biji lobak merah   ( potong bulat )
5 keping kacang kecipir ( di potong ikut kesesuaian )
10 biji cili padi  ( ketuk  pipih)
1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk kasar )
1  ketul pati kiub ayam
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan air
3 sudu sos tiram, sos tomato & sos cili
air
garam 
gula 


Cara membuatnya


Ketulan  ayam yang di potong kecil diperap lebih dahulu dengan sos tiram, sedikit serbuk lada hitam kasar & sedikit kira-kira  20 minit .
  1. Panaskan minyak &  tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk kasar bersama dengan halia hingga naik bau & kekuningan.
  2. Masukkan bawang besar, lobak merah, kacang kecipir & cili padi sambil  kacau sebati.
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan campurkan sedikit air untuk tumis.
  4. Apabila sudah mendidih masukkan kepingan daging ayam yang telah di gorengkan tadi.
  5. Masukkan tepung jagung yang telah berbancuh dengan air  untuk mendapatkan sebatian yang agak likat / pekat dengan ukuran yang sesuai. 
  6. Akhir sekali masukkan potongan lada benggala, buah tomato, pati ayam, garam  dan gula ( ukuran secukup rasa ) . Kacau perlahan dan pastikan kadar lemak masinnya menepati.


7. Setelah potongan ayam sudah cukup empuk, menu ayam masak halia kita sudah siap untuk dihidangkan. 
Letak salad dan taburan daun bawang sebagai hiasan hidangan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan