AYAM SERAI MASAM MANIS
Bahan bahan A
- 1 ekor ayam (dipotong-potong kecil)
- Sedikit serbuk kunyit
- 6 batang serai (diketuk
leper)
- 500 gm Serbuk kunyit
- Garam
- Asam jawa 50 gm (perah dan ambil airnya)
- kacang pis hijau
(diracik halus)
- petai belalang ( diracik halus)
Bahan bahan B ( dikisar lumat )
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit lada Kering
Cara memasak:
1. Gaul sebati ayam dengan
serbuk kunyit sebelum menggoreng hingga tiga suku masak.
Biarkan sementara.
2. Tumis kisaran
bahan-bahan B sebelum menumis dalam
kuali dengan sedikit minyak
3. Setelah berubah warna,
masukkan serai dan air asam jawa
4. Masukan garam halus (secukup
rasa)
5. Tambah gula ( tujuan untuk
melemakkan masakan)
6. Masukan ayam dan gaul rata diatas api nyalaan perlahan.
7. Masukan kacang pis hijau
dan petai belalang (masukan sebentar
sahaja sebelum mematikan api untuk mengekalkan kehijauannya)
Masakan Ayam serai masam manis kita sudah siap
untuk dihidangkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan