MASAK ASAM BATANG KELADI
Bahan-Bahan
·
1 cawan air perahan asam
jawa.
·
7 hirisan asam keping
·
3 tangkai daun kesum
·
Garam dan gula
·
Air secukupnya
Bahan-bahan
kisar
·
10 tangkai cili merah
·
10 tangkai cili padi
merah
·
6 biji bawang merah
·
4 ulas bawang putih
·
2 biji bawang besar
·
100 gm ikan bilis
·
30 gm kunyit hidup
Cara
Memasak
1.
Batang keladi yang telah
disiang dan cuci bersih direndam dalam air suam. Masukan air semula dengan
dicampur sedikit garam. Peroses ini perlu dilakukan untuk memastikan batang keladi bebas dari getahnya. Jika tidak dibuat dengan teliti boleh mengakibatkan gatal / lidas pada lidah setelah masak. Toskan air dan rebus batang keladi hingga empuk.
2.
Setelah batang keladi
menjadi empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu untuk membuat kuah.
3.
Masukan sedikit minyak
dan masukan kisaran bawang merah, bawang putih, bawang besar dalam periuk. Setelah
agak kekuningan masukan bahan kisar yang lain. Tambah air dan biarkan mendidih.
4.
Tambahkan air secukupnya
lalu masukkan air perahan asam jawa.
5.
Masukan asam keping,
daun kesum dan gula serta garam(secukup rasa).
6.
Akhir sekali, setelah
mendidih masukan batang keladi.
7.
Sekiranya lemak dan
masinnya sudah mencukupi bererti masakan batang keladi masak asam kita sudah
sesuai untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan