IKAN LUMEK MASAK SANTAN PEDAS
Rasanya ramai yang tahu sejenis ikan yang dinamakan
ikan lumek @ lomek. Ikan ini berbentuk panjang
mirip seperti ikan parang tetapi kecil sedikit. Sering kedapatan di pasar Malaysia Timur, tetapi di semenanjung biasanya
dijual sebagai ikan kering, ikan kering lumek @ lomek.
Bagi yang belum pernah mencoba
saya cuba cadangkan masakan
ikan lumek masak santan pedas.
Samada anda membeli ikan lumek basah
atau ikan kering keduanya boleh dimasak
mengguna resepi ini …
2 cawan santan
100 gm udang kering
50 gm bilis putih
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang merah (di hiris layang)
2 ulas bawang putih (di hiris layang)
2 batang lada merah (di hiris layang)
7 tangkai cili padi (di
tumbuk lumat)
½ biji nenas
Garam secukup rasa
Cara-cara:
§ Potong ikan lumek, basuh dan
ketepikan
§
Tumbuk kasar lada hitam, campurkan ke dalam santan dan kacau
rata.
§ Tumis dengan mengguna sedikit
minyak bilis dan udang kering. Setelah berubah warna masukan hirisan bawang
merah dan bawang putih hingga berubah warna.
§ Selepas itu masukan
santan dan rebus mengguna api nyalaan kecil. Bila santan sudah mendidih,
masukkan ikan lumek tadi
§ Masukan cili padi
§ Masukan garam secukup
rasa.
§ Masukan lada merah
§ Selepas santan mendidih,
hidangan ikan lumek masak santan pedas kita sudah sedia untuk
dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan