Isnin, 12 Oktober 2015

KEMBONG MASAK KICAP



IKAN KEMBONG MASAK KICAP

Bahan A

1 kg ikan kemnbong . ( Boleh juga diganti dengan ikan lain seperti  tengiri, selar, bawal dan lainnya)
1 cawan kicap cair
Sedikit garam dan kunyit
Minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar di hiris.
2 biji cili hijau atau cili merah
Daun bawang dan daun sup di hiris.

Bahan B  (tumbuk lumat atau kisar halus )

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih




Bahan C

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
4 biji tomato merah (dipotong 6)


Cara-caranya

1- Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kuyit lalu digoreng. Tidak perlu terlalu garing. Angkat dan masuk kan ikan kedalam bekas berisi kicap. Ketepikan sebentar.



2- Tumbuk lumat  semua bahan B. Panaskan 3 sudu besar minyak kemudian tumis bahan B hingga berubah warna.

3- Masukkan ikan goreng yang dah di campur dengan kicap tadi. Gunakan api perlahan. 


4- Masukan bahan C. Tambah air secukupnya.

4- Setelah mendidih kacau  perlahan-lahan. Masukan tomato dan garam secukup rasa untuk menyesuaikan keasinannya ( bersama kicap yang lazimnya  masin).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan