Sabtu, 5 September 2015

CHAP CHAI PHNOM PENH


Antara pengalaman menarik  di Kampuchea adalah mencari premis makanan halal. Sebenarnya masaalah tersebut tidaklah sesukar mana jika kita mengamalkan konsep 'rajin bertanya'. Saya sempat singgah di sebuah restoran yang milik  pasangan dari Selatan Thailand (Suami Thailand, Isteri Kampuchea). Berdasarkan temubual dengan pemilik premis dan percubaan setelah pulang ke tanahair, saya ketengahkan resepi sayur campur  sos tiram ini. Rasanya tidaklah sesukar mana menyediakan sendiri, terutama bagi yang rajin mencuba resepi masakan ...


CHAP CHAI PHNOM PENH

Bahan-bahannya:
4 biji bawang merah - diracik halus
5  ulas bawang putih - diketuk
2 sudu sos ikan atau sos sotong
7 sudu sos tiram dibancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji cili merah - dihiris
Air secukupnya (boleh diperbanyakan untuk mendapat lebih kuah)
1 sudu kecil tepung jagung, dibancuh dengan air ( tujuan untuk memekatkan kuah)
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak untuk menumis 






Bahan-bahan Sayuran.


Bahan dibawah hendaklah dipotong  mengikut citarasa samada untuk potong  segi atau dihiris layang:
Bunga kobis
Lobak merah
putik jagung 
Tomato
Kacang pis

kacang panjang




Cara memasak.

1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3.  Selepas itu masukkan sos tiram bersama air ( bergantung kepada banyaknya kuah yang dikehendaki)

4. Masukan sos ikan, serbuk lada hitam,  garam, dan gula.  Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
5.  Selepas kuah mendidih, masukkan bunga kobis, lobak merah, putik jagung, dan kekacang. 

6. Masukkan  bancuhan tepung jagung jika inginkan kuah yang pekat. 
7. Kacau rata untuk menghasilkan sayur-sayuran mesra dengan kuah.  
8. Masukkan tomato dan kacau (tujuan memasukan tomato pada peringkat akhir adalah untuk mengekalkan kesegaran tomato).  
9. Setelah tomato agak lembut tutup api dan masakan chap chai Phnom Penh sudah siap untuk dihidangkan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan