Resepi peria bertumis telur ini pertama kali saya
jumpa waktu berkursus di Hotel Selesa, Johor Bahru. Citarasa yang ditampilkan
merubah 100% persepsi saya berkaitan peria. Jika sebelum ini saya mengenali
peria sebagai sayuran pahit untuk masakan,
ternyata peria boleh jadi menu enak jika pandai mengolahnya…
PERIA BERTUMIS TELUR
BAHAN-BAHANNYA :
1 biji peria saiz sederhana
2 biji telur, dipukul sedikit
100 gm ikan bilis putih
1 camca besar sos tiram
1 kiub ikan bilis
Garam halus secukup rasa
Sedikit air
Bahan-bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
100 gm udang kering ( rendam dan toskan sebelum proses kisar )
3 biji cili merah
CARA MEMASAK :
1. Belah dan potong serong peria. Selepas itu rendam dalam air garam
dan ketepikan sementara.
2. Panaskan minyak dan masukan ikan bilis hingga berubah warna.
3. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik baunya.
4. Masukkan sos tiram lalu dikacau rata. Tuang sedikit air untuk
sebatikan ramuan.
5. Masukkan peria selepas ditoskan airnya.
6. Masukan kiub ikan bilis dan kacau rata hingga peria lembut .
7. Masukan garam halus secukup rasa, kacau rata. Boleh tambah air
jika perlukan kuah.
8. Tuang telur pada keliling kuali. Setelah agak mengeras, gaul rata dengan peria dan masak
hingga telur menjadi seakan2
bersalut dengan peria.
9. Matikan api. Hidangan peria bertumis telur sudah boleh dinikmati sebagai lauk makan nasi. Boleh juga dimakan dengan roti tawar ketika sarapan pagi atau minum teh petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan