Rabu, 14 Oktober 2015

CENCARU SAMBAL TUMIS

CENCARU SAMBAL TUMIS


 Bahan-bahan :


1.            Satu kilo ikan cencaru sederhana besar.
2.            300 gm serbuk kunyit
3.            250 gm lada besar (dikisar halus)
4.            20  gm lada cili (dikisar halus)
5.            4 butir  bawang besar  (dikisar halus)
6.            3 butir bawang  kecil (dikisar halus)
7.            6 butir bawang putih (dikisar halus)
8.            Setengah cawan  sos cili
9.            100 gm asam jawa ( ramas dan ambil airnya )
10.         Sedikit ketulan belacan
11.         Minyak untuk menggoreng secukupnya
           12.         Garam  halus






perahan air asam jawa

Cara Memasak:

-  Gaul  cencaru dengan serbuk kunyit
-  Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng ikan cencaru hingga setengah masak. Ketepikan sementara.


-  Masukan sedikit minyak. Masukan ketulan belacan hingga naik bau (kacau  perlahan)
-  Masuk dan tumis kisaran bawang besar, bawang kecil, bawang putih, lada  dan cili hingga  naik baunya.  
- Masukan  air perahan asam jawa.

-  Masukkan ikan cencaru goring tadi.
 -  Gaul tumisan dengan dengan cencaru.
   (Jika perlukan sambal yang agak basah tambah  air  secukup  yang dikehedaki )
-  Masukan  sos cili  (kacau seketika)
-  Masukkan garam (secukup rasa)
( untuk menyerlahkan rasa sambal pada ikan,  gunakan nyalaan api sederhana dan  tutup rapat  untuk mengelakkan wap masakan keluar)  
- Jika tidak perlukan kuah yang banyak, tunggu rebusan sejat kuah. 
Setelah  ikan cencaru yang digoreng sudah cukup masak, matikan api.

- Resepi cencaru sambal tumis kita sudah siap untuk di hidangkan.


AYAM SERAI MASAM MANIS

AYAM  SERAI  MASAM MANIS



Bahan bahan A

- 1 ekor ayam (dipotong-potong kecil)
- Sedikit serbuk kunyit
- 6 batang serai  (diketuk leper)
- 500 gm Serbuk kunyit
- Garam  
- Asam  jawa 50 gm (perah dan ambil airnya)
- kacang pis hijau (diracik halus)
- petai belalang  ( diracik halus)


Bahan bahan B ( dikisar lumat )


3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit lada Kering



Cara memasak:


1. Gaul sebati ayam dengan serbuk kunyit sebelum menggoreng hingga tiga suku masak.
Biarkan sementara.

2. Tumis kisaran bahan-bahan B sebelum menumis  dalam kuali dengan sedikit minyak
3. Setelah berubah warna, masukkan serai dan  air asam jawa
4. Masukan garam halus (secukup rasa)
5. Tambah gula ( tujuan untuk melemakkan masakan)
6. Masukan ayam dan  gaul rata diatas api nyalaan perlahan. 
7. Masukan kacang pis hijau dan petai belalang (masukan sebentar sahaja sebelum mematikan api untuk mengekalkan kehijauannya)

Masakan Ayam serai masam manis kita sudah siap untuk dihidangkan!




Selasa, 13 Oktober 2015

IKAN LUMEK MASAK SANTAN PEDAS

IKAN  LUMEK  MASAK SANTAN PEDAS



Rasanya  ramai yang tahu sejenis ikan yang dinamakan ikan lumek @ lomek. Ikan ini berbentuk panjang  mirip seperti ikan parang tetapi kecil sedikit.  Sering kedapatan di pasar Malaysia  Timur, tetapi di semenanjung   biasanya  dijual sebagai ikan kering, ikan kering  lumek @ lomek.  Bagi yang belum pernah  mencoba saya  cuba cadangkan  masakan  ikan lumek masak  santan pedas. Samada  anda membeli ikan lumek basah atau ikan kering  keduanya boleh dimasak mengguna  resepi ini …


  1 kg ikan lumek  basah / 500 gm ikan  lumek  kering
2 cawan santan
100 gm udang kering
50 gm bilis putih 
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang merah (di hiris layang)
2 ulas bawang putih (di hiris layang)
2 batang lada merah (di hiris layang)
7 tangkai cili padi  (di tumbuk lumat)
½ biji nenas
Garam secukup rasa




Cara-cara:

§     Potong ikan lumek, basuh dan ketepikan
§     Tumbuk kasar lada hitam, campurkan ke dalam santan dan kacau rata.
§     Tumis dengan mengguna sedikit minyak bilis dan udang kering. Setelah berubah warna masukan hirisan bawang merah  dan bawang putih hingga berubah warna.
§     Selepas  itu  masukan santan dan rebus mengguna api nyalaan kecil. Bila santan sudah mendidih, masukkan ikan lumek tadi
§     Masukan cili padi
§     Masukan garam secukup rasa. 
§     Masukan lada merah

§     Selepas santan mendidih, hidangan ikan lumek masak santan pedas kita sudah sedia untuk dihidangkan. 

Isnin, 12 Oktober 2015

KEMBONG MASAK KICAP



IKAN KEMBONG MASAK KICAP

Bahan A

1 kg ikan kemnbong . ( Boleh juga diganti dengan ikan lain seperti  tengiri, selar, bawal dan lainnya)
1 cawan kicap cair
Sedikit garam dan kunyit
Minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar di hiris.
2 biji cili hijau atau cili merah
Daun bawang dan daun sup di hiris.

Bahan B  (tumbuk lumat atau kisar halus )

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih




Bahan C

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
4 biji tomato merah (dipotong 6)


Cara-caranya

1- Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kuyit lalu digoreng. Tidak perlu terlalu garing. Angkat dan masuk kan ikan kedalam bekas berisi kicap. Ketepikan sebentar.



2- Tumbuk lumat  semua bahan B. Panaskan 3 sudu besar minyak kemudian tumis bahan B hingga berubah warna.

3- Masukkan ikan goreng yang dah di campur dengan kicap tadi. Gunakan api perlahan. 


4- Masukan bahan C. Tambah air secukupnya.

4- Setelah mendidih kacau  perlahan-lahan. Masukan tomato dan garam secukup rasa untuk menyesuaikan keasinannya ( bersama kicap yang lazimnya  masin).




Ahad, 11 Oktober 2015

AYAM MASAK SUP BEREMPAH


Ayam masak sup berempah

Bahan-bahan :


1 ekor ayam ayam - potong kecil


Bahan-bahan  untuk dikisar

7 biji bawang merah 
5 ulas bawang putih  
3 biji bawang besar 
1 inci halia 
sedikit kunyit hidup 
sedikit lada hitam 
25 gm jintan halus  
2 biji buah keras


Bahan-bahan lain


200 gm rempah sup ( dibancuh dengan air panas)
150 gm  rempah kurma  dibancuh dengan air panas)
4 biji kentang - potong persegi
1 batang lobak merah- potong layang
1 batang daun sop - dipotong kecil
2 batang kayu manis 
4 kuntum bunga lawang 
5 kuntumbunga cengkih
Air secukupnya
Garam dan gula
Daun sup
Daun bawang
minyak masak untuk tumis


cara-cara membuat

1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. 

2. Panaskan 1 sudu besar minyak dalam periuk dan masukkan rempah tumis kacau sekejap, kemudian masukkan bahan yang dikisar (kecuali buah keras) dan kacau lagi hingga naik baunya.

3. Masukkan air.
4. Masukan potongan ayam dan biarkan hingga mendidih. 
5. Masukkan kentang dan lobak serta rempah sup.
6. Masukan kisaran buah keras.
7. Masukan rempah kurma. Kacau sebentar dan tutup periuk.
8. Setelah ayam kentang dan lobak empuk, masukkan daun sop.
9. Masukan garam dan gula sedikit untuk mendapatkan rasa lemak. (boleh juga mengguna garam perasa jika suka)
10. Kacau sebentar dan rasa sebelum matikan api dan angkat.
11. Resepi ayam masak sup berempah kita sudah sesuai untuk dihidang bersama nasi putih atau sebagai pencicah roti.
Selamat mencuba....






Sabtu, 10 Oktober 2015

MASAK ASAM BATANG KELADI


MASAK ASAM BATANG KELADI


Bahan-Bahan

·                     500 gm batang keladi  keladi - dibersihkan kulit dan dipotong-potong.
·                     1 cawan air perahan asam jawa.
·                     7 hirisan asam keping
·                     3 tangkai daun kesum
·                     Garam dan gula
·                     Air secukupnya




Bahan-bahan kisar

·                     10 tangkai cili merah
·                     10 tangkai cili padi merah
·                     6 biji bawang merah
·                     4 ulas bawang putih
·                     2 biji bawang besar
·                     100 gm ikan bilis
·                     30 gm kunyit hidup



Cara Memasak

1.            Batang keladi yang telah disiang dan cuci bersih direndam dalam air suam. Masukan air semula dengan dicampur sedikit garam. Peroses ini perlu dilakukan untuk memastikan batang keladi bebas dari getahnya. Jika tidak dibuat dengan teliti  boleh mengakibatkan gatal / lidas pada lidah setelah masak.  Toskan air dan rebus batang keladi hingga empuk.


2.            Setelah batang keladi menjadi empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu untuk membuat kuah.

3.            Masukan sedikit minyak dan masukan kisaran bawang merah, bawang putih, bawang besar dalam periuk. Setelah agak kekuningan masukan bahan kisar yang lain. Tambah air dan biarkan mendidih.


4.            Tambahkan air secukupnya lalu  masukkan air perahan asam jawa.
5.            Masukan asam keping, daun kesum dan gula serta garam(secukup rasa).
6.            Akhir sekali, setelah mendidih masukan batang keladi.









7.            Sekiranya lemak dan masinnya sudah mencukupi bererti masakan batang keladi masak asam kita sudah sesuai untuk dihidangkan.