Rabu, 30 September 2015

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK



Bahan-bahan:



1 biji jantung pisang 
( buang kelopak luar, ambil bahagian dalam yang lembut sahaja. untuk mengelakkan banyak getah pada empulur tengah, dirikan jantung pisang dengan tangkai dibawah atausimpan sekurang-kurangnya sehari baru di guna)



2 cawan santan
100 gm udang kering
50 gm bilis putih 
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang merah (di hiris layang)
2 ulas bawang putih (di hiris layang)
2 batang lada merah
Garam secukup rasa




Cara-cara:


  • Potong jantung pisang (hirisan layang).
  • Rebus dengan sedikit garam untuk mendapatkan rasa lemak dan mengelakkan kehitaman pada jantung pisang.
  • Rebus hingga lembut. Basuh dan toskan.
  • Tumbuk kasar lada hitam, campurkan ke dalam santan dan kacau rata.


  • Tumis dengan mengguna sedikit minyak bilis dan udang kering. Setelah bedrubah warna masukan hirisan bawang merah  dan bawang putih hingga berubah warna.
  • Selepas  itu  masukan santan dan rebus mengguna api nyalaan kecil. Bila santan sudah mendidih, masukkan jantung pisang tadi.
  • Masukan garam secukup rasa. 
  • Masukan lada merah
  • Selepas santan mendidih, hidangan jantung pisang kita sudah sedia untuk dihidangkan. 





Isnin, 28 September 2015

MASAK LEMAK PUCUK UBI

PUCUK UBI MASAK LEMAK


Bahan-bahan



·                     Anggaran  500 gm pucuk ubi
·                     4 cawan santan
·                     100 gm ikan bilis yang sudah di bersihkan, rendam dan ditoskan
·                     25 gm udang geragau kering
·                     5 ulas bawang merah
·                     2 butir bawang besar
·                     4 ulas bawang putih
·                     3 btng serai- di ketuk leper
·                     Garam dan sedikit gula
·                     Air secukupnya untuk merebus pucuk ubi


 Cara-Cara

  • Celur  pucuk ubi sehingga empuk. Setelah empuk, angkat dan toskan airnya. Peroses ini penting untuk membuang bekas-bekas getah yang boleh mengakibatkan pening kepala bagi pengidap darah tinggi.


  • Tumbuk halus bawang merah, bawang besar, bawang putih.


  • Panaskan minyak dalam periuk. Setelah itu masukan bahan yang telah ditumbuk halus tadi dalam dalam periuk. Tumis hingga naik baunya.


  • Masukan ikan bilis dan udang geragau kering


  • Masukkan serai kemudian tuang santan, Gaul sebati perlahan-lahan. Biarkan mendidih


  • Masukkan garam dan sedikit gula.


  • Masukkan pucuk ubi dan rebus pucuk ubi hingga mendidih.


  • Setelah siap bolehlah angkat dan hidangkan sebagai lauk makan nasi bagi hidangan makan tengahari atau makan malam.





Isnin, 21 September 2015

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

 

BAHAN-BAHAN

200 gm ikan bilis, cuci bersih, goreng rangup ( garing) kemudian toskan minyaknya
3 biji bawang besar, hiris berangkai
1 cawan air perahan asam jawa
Gula dan garam secukup rasa 
50 gm cili kisar
8 biji bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci halia  ( kisar halus )
sedikit belacan dikisar halus
 
 
 

 CARA  MEMBUAT

  1. Panaskan minyak dalam kuali  dan tumis bahan kisar halus hingga naik baunya.
  2. Tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. 
  3. Masukkan jus asam jawa.
  4. Masukan garam sedikit, gula secukupnya. 
  5. Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
  6. Masukkan ikan bilis dan bawang besar tadi, kacau rata-rata. 
  7. Matikan api dan sambal telah sedia untuk dihidangkan. Sesuai untuk buat lauk makan nasi. Sekiranya sambal tersebut hendak diguna sebagai pencicah minum petang, lebih sesuai dilebihkan taburan gula.
 

Rabu, 9 September 2015

BAKSO JUMBO

 BAKSO  JUMBO  

Untuk membuat  bakso JUMBO (bakso dengan ukuran besar) atau disebut juga dengan istilah bakso urat di Indonesia tidak sesuai mengguna ukuran bahan yang sama dengan bakso biasa. Sekiranya  mengguna ukuran bahan bagi resepi  bebola  daging lembu biasa (kecil)  ada beberapa risiko yang timbul. Diantaranya  bebola masak diluar tetapi masih keras di bahagian dalam  atau  menjadi terlalu keras  kalaupun tidak terlalu liat. Bagaimana pun untuk  lebih puas hati rasanya saya cadangkan  pada semua agar rajin-rajin mencuba….


Bahan-bahan :

1.    Daging  lembu  kisar  1 kg
2.    Tepung  gandum  500  gm
3.    Airbatu kisar  200 ml
4.    Tepung sagu  200 gm
5.    Serbuk lada putih (lada sulah)  100 gm
6.    Garam 2  sudu teh
7.    Serbuk  ketumbar  halus   (25 gm)
8.    Serbuk  jintan putih  (25 gm)
9.    Serbuk bawang goreng  (kisar) 2 sudu
10. Serbuk bawang putih goreng  (kisar) 2 sudu


Cara  membuat

  1. §  Kisar  semua bahan  hingga likat bercampur kecuali air batu dan garam.
  2. §  Masukan  garam  dan teruskan menguli
  3. §  Masukan kisaran ais dan teruskan menguli tepung
  4. §  Bentuk adunan yang likat menjadi bulat  mengikut  ukuran  besar yang anda  suka
  5. §  Setelah  siap, rebus adunan dengan api kecil hingga  bebola  terapung.
  6. §  Setelah bebola mengapung, bolehlah diangkat dan hidangkan dengan meletakkannya dalam kuah sop. Boleh juga ditambah mee hoon, mee kuning atau mee kerinting ( Maggie ) untuk   melengkapkan hidangan.



Untuk membuat bakso biasa sila lawat halaman ini  :














Selasa, 8 September 2015

PERIA BERTUMIS TELUR


Resepi  peria bertumis telur ini pertama kali saya jumpa waktu berkursus di Hotel Selesa, Johor Bahru. Citarasa yang ditampilkan merubah 100%  persepsi saya berkaitan peria. Jika sebelum ini saya mengenali peria sebagai sayuran pahit  untuk masakan, ternyata peria boleh jadi menu enak jika pandai mengolahnya…

PERIA  BERTUMIS  TELUR


BAHAN-BAHANNYA :
1 biji peria saiz sederhana
2 biji telur, dipukul sedikit
100 gm ikan bilis putih
1 camca besar sos tiram
1  kiub ikan bilis
Garam halus secukup rasa
Sedikit air

Bahan-bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
100 gm udang kering ( rendam dan toskan sebelum proses kisar )
3 biji cili merah



CARA MEMASAK :
1. Belah dan potong serong peria. Selepas itu rendam dalam air garam dan ketepikan sementara.
2. Panaskan minyak dan masukan ikan bilis hingga berubah warna.
3. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik baunya.
4. Masukkan sos tiram lalu dikacau rata. Tuang sedikit air untuk sebatikan ramuan.
5.  Masukkan peria  selepas ditoskan airnya.
6.  Masukan kiub ikan bilis dan kacau rata hingga peria lembut .
7.  Masukan garam halus secukup rasa, kacau rata. Boleh tambah air jika perlukan kuah.
8.  Tuang telur pada keliling kuali. Setelah agak  mengeras, gaul rata dengan peria dan masak hingga telur  menjadi  seakan2 bersalut dengan peria.
9.  Matikan api. Hidangan  peria bertumis telur  sudah boleh dinikmati sebagai  lauk makan nasi. Boleh juga dimakan  dengan roti tawar ketika sarapan pagi atau minum teh petang. 




Ahad, 6 September 2015

SAMBAL GORENG (resepi masyarakat Jawa) BATU PAHAT

SAMBAL GORENG  JAWA  BATU PAHAT

Bahan-bahan:
(anggaran  4  orang makan )10 keping tempe - potong / hiris nipis
500 gm kentang - potong / hiris nipis
50 gm ikan bilis putih                             
200 gram su'un
100 gram tauhu kering  - gunting  kecil/ besar mengikut  citarasa

50 gm Ikan bilis (digoreng lebih dahulu)
1 sudu makan pati asam jawa 
Kicap lemak (secukup rasa)sedikit gula pasir
garam  ( secukup rasa )
sedikit minyak masak


Bahan kisar:



20 batang cili kering  
200  gm udang kering ( rendam hingga lembut lebih dahulu) 
7 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
2 cm halia



Cara masak:

1.  Tempe, kentang, ikan bilis, kacang tanah, suhun dan  tauhu kering  digoreng satu persatu sehingga garing . Ketepikan  sebentar.
2.  Tumis kesemua bahan kisar sehingga berubah warna / naik baunya. Tambahkan asam jawa, gula, garam / kicap lemak. Tumis hingga benar-benar masak hingga sambal menjadi pekat dengan api perlahan.
3.   Masukkan tempe, kentang, ikan bilis, suun dan tauhu kering. Gaul perlahan hingga sebati. Patahkan su'un dan tauhu kering (jika tidak digunting sebelum digoreng) dengan menggunakan sudip.
3. Masukan kicap lemak, gula pasir dan garam secukup rasa. Tambah sedikit air jika adunan terlalu pekat.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan gaul sekali lagi hingga rata.
5. Resepi sambal goreng sudah siap untuk di hidang. Sesuai menjadi lauk makan nasi waktu tengahari atau makan malam. 


Sabtu, 5 September 2015

CHAP CHAI PHNOM PENH


Antara pengalaman menarik  di Kampuchea adalah mencari premis makanan halal. Sebenarnya masaalah tersebut tidaklah sesukar mana jika kita mengamalkan konsep 'rajin bertanya'. Saya sempat singgah di sebuah restoran yang milik  pasangan dari Selatan Thailand (Suami Thailand, Isteri Kampuchea). Berdasarkan temubual dengan pemilik premis dan percubaan setelah pulang ke tanahair, saya ketengahkan resepi sayur campur  sos tiram ini. Rasanya tidaklah sesukar mana menyediakan sendiri, terutama bagi yang rajin mencuba resepi masakan ...


CHAP CHAI PHNOM PENH

Bahan-bahannya:
4 biji bawang merah - diracik halus
5  ulas bawang putih - diketuk
2 sudu sos ikan atau sos sotong
7 sudu sos tiram dibancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji cili merah - dihiris
Air secukupnya (boleh diperbanyakan untuk mendapat lebih kuah)
1 sudu kecil tepung jagung, dibancuh dengan air ( tujuan untuk memekatkan kuah)
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak untuk menumis 






Bahan-bahan Sayuran.


Bahan dibawah hendaklah dipotong  mengikut citarasa samada untuk potong  segi atau dihiris layang:
Bunga kobis
Lobak merah
putik jagung 
Tomato
Kacang pis

kacang panjang




Cara memasak.

1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3.  Selepas itu masukkan sos tiram bersama air ( bergantung kepada banyaknya kuah yang dikehendaki)

4. Masukan sos ikan, serbuk lada hitam,  garam, dan gula.  Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
5.  Selepas kuah mendidih, masukkan bunga kobis, lobak merah, putik jagung, dan kekacang. 

6. Masukkan  bancuhan tepung jagung jika inginkan kuah yang pekat. 
7. Kacau rata untuk menghasilkan sayur-sayuran mesra dengan kuah.  
8. Masukkan tomato dan kacau (tujuan memasukan tomato pada peringkat akhir adalah untuk mengekalkan kesegaran tomato).  
9. Setelah tomato agak lembut tutup api dan masakan chap chai Phnom Penh sudah siap untuk dihidangkan.