Ahad, 26 Jun 2016

CENCARU MASAK SEMUR

CENCARU  MASAK SEMUR


Bagi mereka yang pernah membeli cencaru dengan ukuran yang agak besar tentu dapat merasakan sendiri isi ikan yang agak tawar berbanding cencaru yang berukuran agak kecil. Timbul persoalan, apakah jenis masakan yang sesuai untuk  cencaru sebegini selain dari dibakar dengan makan bercicahkan kicap, dicampur perahan limau kasturi dan potongan lada cili. Bagi mereka  yang berminat mencoba silakan berkongsi resepi  dengan  staff warong bakso Medan....

Bahan-bahan

1 kg   ikan cencaru   ( jika bersaiz besar sila kerat ikan  beberapa bahagian)
8 biji kentang 
8 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
3 inci halia
1 cawan kicap
2 ulas bawang besar
50 gm asam jawa ( bancuh dengan 1 cawan air )
Garam secukup rasa
250 gm santan pekat
Minyak untuk menggoreng   ikan cencaru   dan kentang.

Rempah Ratus untuk menumis:

2 kumtum bunga lawang
25 gm  kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih

Cara  memasak

Potong dan cuci  ikan cencaru .
Gaul dengan garam dan kunyit serta digoreng. 

Kentang dipotong 4 dan digoreng,  angkat dan asingkan.


Bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan halia dihiris  layang.




Panaskan minyak dalam periuk untuk memasak, masukkan bawang putih yang telah dihiris, diikuti dengan bawang kecil. Tumis seketika, setelah berubah warna masukkan rempah ratus untuk menumis  sebelum memasukan bawang besar.


Masukkan kicap  sambil dikacau.  


Masukkan   ikan cencaru   dan kentang. 
Kacau dan  masukkan santan. Kecilkan  api dan terus kacau. 

Masukkan air perahan  asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh pada api kecil. 

Masakan cencaru semur kita sudah sedia untuk dihidangkan.


Semur   ikan cencaru sesuai untuk menjadi lau-pauk  makan tengahari dan malam.  Kuah  semur yang meresap dalam isi ikan bertindak menambah perisa lemak asin mengatasi rasa isi ikan yang asalnya agak tawar. 

Selamat mencoba !! 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan