Ahad, 26 Jun 2016

CENCARU MASAK SEMUR

CENCARU  MASAK SEMUR


Bagi mereka yang pernah membeli cencaru dengan ukuran yang agak besar tentu dapat merasakan sendiri isi ikan yang agak tawar berbanding cencaru yang berukuran agak kecil. Timbul persoalan, apakah jenis masakan yang sesuai untuk  cencaru sebegini selain dari dibakar dengan makan bercicahkan kicap, dicampur perahan limau kasturi dan potongan lada cili. Bagi mereka  yang berminat mencoba silakan berkongsi resepi  dengan  staff warong bakso Medan....

Bahan-bahan

1 kg   ikan cencaru   ( jika bersaiz besar sila kerat ikan  beberapa bahagian)
8 biji kentang 
8 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
3 inci halia
1 cawan kicap
2 ulas bawang besar
50 gm asam jawa ( bancuh dengan 1 cawan air )
Garam secukup rasa
250 gm santan pekat
Minyak untuk menggoreng   ikan cencaru   dan kentang.

Rempah Ratus untuk menumis:

2 kumtum bunga lawang
25 gm  kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih

Cara  memasak

Potong dan cuci  ikan cencaru .
Gaul dengan garam dan kunyit serta digoreng. 

Kentang dipotong 4 dan digoreng,  angkat dan asingkan.


Bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan halia dihiris  layang.




Panaskan minyak dalam periuk untuk memasak, masukkan bawang putih yang telah dihiris, diikuti dengan bawang kecil. Tumis seketika, setelah berubah warna masukkan rempah ratus untuk menumis  sebelum memasukan bawang besar.


Masukkan kicap  sambil dikacau.  


Masukkan   ikan cencaru   dan kentang. 
Kacau dan  masukkan santan. Kecilkan  api dan terus kacau. 

Masukkan air perahan  asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh pada api kecil. 

Masakan cencaru semur kita sudah sedia untuk dihidangkan.


Semur   ikan cencaru sesuai untuk menjadi lau-pauk  makan tengahari dan malam.  Kuah  semur yang meresap dalam isi ikan bertindak menambah perisa lemak asin mengatasi rasa isi ikan yang asalnya agak tawar. 

Selamat mencoba !! 




Rabu, 22 Jun 2016

DAGING LEMBU BLACK PAPER


DAGING LEMBU  BLACK PAPER

Black Paper!  Resepi  berciri  barat yang  sedang menjadi sebutan masyarakat khususnya generasi muda hari ini.  Untuk mnenghasilkan  masakan ini tidaklah sesukar mana, sama seperti  lain-lain masakan,  jika tahu  mengolah  semua jadi mudah... 



BAHAN-BAHANNYA


500 gram daging lembu  
(hiris layang nipis-nipis, cuci dan rebus hingga lembut)

1 cawan tepung gandum

2 biji bawang besar 
( potong bulat dan leraikan)

30 gm  halia (ditumbuk halus)

5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

100 gm  lada hitam biji  ( ditumbuk hancur, tak perlu terlalu halus )
50 gm cendawan (disiat kecil)
½ cawan  sos tiram
½ cawan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
hirisan daun sop dan bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA


1.    Setelah daging di rebus, toskan airnya. Gaul rata dengan tepung gandum dan secubit garam.
2.    Daging yang sudah bersalut  tepung digoreng hingga spara masak (berwarna perang) lalu diangkat dan toskan  minyak.
3.    Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali untuk tujuan menumis. Gunakan minyak yang sama untuk mendapatkan rasa aroma daging dalam tumisan berikutnya. Tumis bahan  yang ditumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan masak sekejap.
4.    Masukkan daging, kicap pekat lalu digaul rata dan tambah air.
5.    Masukan cendawan dan kacau perlahan.

6.    Kecilkan api,  masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan.
7.    Matikan api dan resepi kita sudah boleh dihidang. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas bersama nasi putih...


8.    Cara ini sesuai diguna sebagai lauk makan nasi. Jika hendak  mencipta menu makan ‘daging black paper’ seperti di kedai , asingkan daging dengan kuah  waktu memasak.  Goreng daging hinggamasak, susun dan tuang kuah atasnya. Selamat mencoba.


Selasa, 21 Jun 2016

SAMBAL TUMIS UDANG


BAHAN - BAHANNYA :

500 gm udang
4 biji bawang besar belah 6
1 cawan cili kisar
100 gm asam jawa ( campur air, kacau dan ambil airnya)

1 camca besar gula
Garam secukup rasa



BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS

2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
25 gm keping hirisan halia
1/2 inci belacan




CARA MEMBUATNYA 

1.           Buang kulit udang, cuci dan toskan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.

2.           Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga naik bau sebatian. Guna api kecil dan kacau sentiasa,

3.           Masukkan gula dan air perahan asam jawa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan bawang besar yang dibelah dan udang. Gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya, tumis sebentar untuk membolehkan udang masak dan merasuk  rencah.  matikan api.

4.           Jika suka boleh juga ditambah petai bersama-sama memasukan udang dalam tumisan.

5.           Hidangan ini sesuai untuk lauk pauk makan tengahari, makan malam atau boleh juga di makan bersama roti, lempeng atau pencicah ubi rebus...


6.           Selamat mencoba!!




Sabtu, 18 Jun 2016

IKAN KELI MASAK PECEL



Salah satu spesis ikan air tawar bersungut dan ramai penggemar  adalah ikan keli. Berdasarkan minat  dan pencarian masyarakat maka perusahaan menternak ikan keli semakin bertambah dari masa kesemasa. 

Bagaimanapun sesetengah pendapat mengatakan ikan keli yang membesar dalam kolam bersimen dan berganti airnya lebih sedap kerana kurang berbau, namun keenakan dagingnya pasti lebih terserlah dengan mengguna ikan keli yang hidup secara semulajadi di parit-parit  atau sungai.

Masakan ini mengguna satu kilo ikan keli sederhana besar (anggaran 5 hingga 8 ekor) 
7 ekor ikan keli
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit belacan

4 biji buah akar cekur (diketuk)
7 helai daun cekur
2 helai daun kunyit
Santan 2 biji kelapa  ( boleh juga mengguna santan kotaka anggaran 1 kotak)
200 gm cili padi ( jika suka lebih pedas boleh ditambah)
Satu sudu teh gula
garam secukup rasa


CARA MEMASAK

1. Siang bersih Ikan Keli. Rendam dalam air asam Jawa kira-kira 15 minit. Bilas dengan air biasa, Toreh badan ikjan keli lalu lumur dengan kunyit. Bakar  sekejap hingga separuh masak. Letakkan ditepi.

2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili api dan belacan. 

3. Tumbuk  buah akar cekur, daun cekur dan daun kunyit supaya lembut dan sebati rasa.

4. Masukan dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk dengan sedikit minyak hingga naik bau wangi masakan. Kemudian  santan dan tambah air mengikut anggaran kepekatan yang diperlukan. 
Jika suka boleh tambah sedikit serbuk kunyit untuk dapat warna kekuningan pada masakan.

5. Setelah mendidih,  masukan garam dan gula.

6. Setelah mendidih perlahankan nyalaan api dan masukkan perlahan-lahan ikan Keli bakar tadi ke dalam kuah. 

7. Biarkan beberapa minit untuk membuat meresapkan rasa sebatian tumis  tadi meresap  dalam ikan keli.

8. Ikan keli masak pecel kita sudah sedia untuk dihidang. Untuk menambah selera dan menaikkan aroma boleh juga ditabur dengan potongan tipis daun cekur diatasnya. 


Sesuai dimakan panas-panas dengan nasi putih.