Rabu, 26 Oktober 2016

PAPAYA MASAK BENING


PAPAYA  MASAK BENING

Papaya atau lebih dikenali  sebagai betik merupakan salah satu buah-buahan tropika. Walaupun dikenali sebagai buah-buahan tempatan, papaya atau betik muda juga boleh dibuat lauk-pauk. Bagi yang sudah sedia maklum kami paparkan di sini sebagai  perkongsian resepi untuk tatapan kita bersama.  

Bahan :
  • 1 biji  buah betik muda (sederhana besar)
  • 4 helaian daun limau purut.
  • Sedikit serbuk lada putih. 
  • 2 biji tomato merah ( dipotong-potong )
  • garam secukup rasa
  • lengkuas  anggaran 1 inci / 3 cm  ( ketuk pipih)
  • daun salam 2  helai
  • 250 ml air bersih
  • gula pasir 1 sudu
  • minyak masak untuk menumis

Bahan dikisar halus :


  • lada merah besar 4 biji
  • lada cili  4 biji
  • Buah keras ( kemiri )  1 biji
  • bawang putih 1 labu
  • bawang merah 3 biji
  • kunyit 1 cm boleh juga mengguna serbuk kunyit - 1 sudu )


Cara Membuat :


1. Kupas kulit buah betik muda lalu dicuci sampai bersih. Potong kecil mengikut kesesuaian samada potong dadu atau pipih layang.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus hingga naik aroma  lalu masukkan lengkuas, daun limau purut  dan daun salam seketika.

3. Tuang air keatas tumisan tadi hingga mendidih

4. Masukkan hirisan buah betik  muda lalu tambahkan gula pasir, garam,tomato dan serbuk lada putih.

5. Kacau rata hingga semuanya tergaul rata dengan rencah.

6. Bila hirisan betik muda sudah lembut, angkat dan hidangkan. Sesuai di jadikan lauk pauk makan berkuah terutamanya  pada waktu tengahari.   



Selasa, 25 Oktober 2016

SAYUR LEMBAYUNG TUMIS BELACAN

LEMBAYUNG  TUMIS  BELACAN



Pernah dengar nama sayur lembayung ? Selepas fenomena jerebu dan cuaca panas melampau yang lalu,  ada kalanya sukar mendapatkan bekalan sayur lembayung di pasar-pasar tani, apatah lagi di pasaraya. Rasanya ?! Tentunya  sedap jika kena dengan resepinya. Apa kata kita kongsi resepi masakan lembayung tumis belacan  hari ini...


Bahan-Bahan



1 cekak sayur lembayung 
( lebih kurang 500 gm )

100 gm Udang segar

10 ekor ikan bilis

2 biji lada merah  ( hiris layang )

2  biji cili merah ( di kisar lumat )

5 ulas  bawang  merah  ( di kisar lumat )


1  labu bawang putih  ( di kisar lumat )

100 gm udang kering ( di kisar lumat )

2 inci persegi belacan


Garam halus  ( secukup rasa )

Minyak masak  (untuk menumis)



Cara Memasak

1)       Potong sayur lembayung dan cuci dengan menggunakan air bersih
2)       Panaskan minyak dan masukan ikan bilis bersama udang segar  dan biarkan seketika.

3)        Masukan belacan dan hancurkannya supaya sebati dengan minyak.
4)       Masukan  bahan-bahan yang dikisar,tumis bersama udang dan bilis sehingga naik aromanya.

5)        Masukan sedikit air ( untuk melembutkan sayuran lembayung dan menyebatikannya dengan bahan-bahan yang ditumis )

6)       Masukan sayur lembayung. Kacau seketika untuk  sebatikan sayuran dan rencah.

7)       Masukan garam halus secukup   rasa.
8)       Jika suka masakan berkuah, boleh lah tambah sedikit air.  

9)       Setelah  sayur dirasakan  sudah lembut, bolehlah angkat dan hidangkan sebagai lauk makan tengahari atau makan malam. Selamat mencoba....



Sabtu, 8 Oktober 2016

IKAN TONGKOL RESEPI SEMUR PEDAS



IKAN TONGKOL  RESEPI SEMUR PEDAS

Bahan-bahan :


- Ikan  tongkol  1 kilo (sederhana besar) 

  • Cuka   1 sudu       
  • Garam  (secukup rasa)
  • Minyak masak ( secukupnya )  
  • Santan dua biji kelapa ( santan kotak 450ml )
  • lengkuas 1 ulas  ( diketuk pipih )  
  • Buah pala 3 biji
  • Cengkih  7 butir
  • Kayu manis  2 keping

  • 3 biji lada merah ( dibelah tengah ) 

  • 2 biji lada hijau ( dibelah tengah ) 
  • Bawang besar 2 biji ( potong bunga untuk hiasan )
  • Kicap lemak / manis (mengikut citarasa pengguna) 250 ml
  • Air (secukupnya. Kurangkan air jika ingin kuah semur menjadi pekat )

Bahan –bahan dikisar halus

  • 12 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras (  kemiri )
  • 2 sudu ketumbar (serbuk )
  • Lada putih( serbuk ) 50gm (tambah sukatan jika ingin lebih pedas)
  • 1 sudu teh garam halus

Cara memasak

  • ·   Potong ikan tongkol (jika ukuran ikan besar) dan gaul rata dengan garam dan cuka.
  • ·   Goreng dalam minyak yang sudah panas hingga separuh masak,  angkat  dan letak ditepi.
  • ·   Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar halus.
  • ·  Setelah spara masak  masukan lengkuas, buah pala, cengkih hingga naik keharuman baunya.
  • ·  Kecilkan api, masukan santan dan air  ( kacau perlahan-lahan)  dan biarkan hingga mendidih
 


  •  Tuang kicap (biarkan sebentar )
  • ·    Masukan ikan tongkol (kacau perlahan)  
  • ·  Masukan  bawang besar
  • ·   Masukan lada merah dan lada hijau
  • ·  Setelah ikan tongkol lembut dan rempah ratus sebati,  matikan api. 
  • Ikan tongkol resepi  semur pedas kita sudah sedia untuk dihidangkan.