Selasa, 25 Ogos 2015

KOBIS MASAK LEMAK


SAYUR KOBIS MASAK LEMAK

Bahan-bahan:

1 biji kobis (anggaran 700 gm)
      -(semua jenis kobis boleh di guna)
2 batang lobak
300 gm udang
50   gm ikan bilis
3  labu bawang besar
4  ulas bawang putih
4  biji lada besar
100 gm soon
1 biji (santan) kelapa @ 5 cawan santan peket
1 cawan air
Garam  ( secukup rasa)


Cara-cara:
1.    Potong dan tumis  bawang besar, bawang putih dan lobak.
2.    Setelah naik bau, masukkan udang dan ikan bilis.
3.    Tumis hingga berubah warna (sentiasa kacau supaya jangan hangus)
4.    Masukan santan dan garam, biarkan sehingga mendidih. 
5.    Masukan soon (tunggu hingga kembang)
6.    Masukan kobis dan lada besar.
7.    Masukkan garam secukupnya. 
8.    Setelah mendidih, matikan api.

9.    Sayur  kobis masak lemak kita telah siap untuk dihidangkan.


Rabu, 5 Ogos 2015

CHAP-CHAI SAYUR CAMPUR



Chap-Chai  Sayur Campur .

Bahan-bahan

200 gm jagung muda ( di hiris serong)
100 gm  cendawan butang /  tiram
1  biji bawang merah
5 ulas bawang putih  ( diketuk nipis )
1 batang karot  ( boleh hiris dadu kecil atau layang)
100 gm udang  ( buang kulit )
1 sudu kecil serbuk gula ( atau gula halus )
garam secukup rasa
Sedikit minyak masak



Cara   memasak.

1. Cuci bersih semua sayuran & toskan airnya.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih & bawang besar hiris hingga layu & wangi. 

3.  Masukkan semua sayuran, serbuk  gula & garam. Kacau rata beberapa ketika.  
3. Masukkan isi udang & kacau rata.
4. Tutup sebentar kuali. Buka & kacau lagi sehingga sayuran agak lembut.
5. Tambahkan sedikir air jika perlu. 
6. Masukan garam secukup rasa & boleh matikan api. Menu masakan chap-chai kita sudah sedia untuk dihidangkan.


SAYUR SAWI CENDAWAN TUMIS

SAYUR SAWI CENDAWAN  TUMIS

Bahan-bahan diperlukan



500  gm sawi
200 gm cendawan tiram / cendawan butang
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah
10 gm ikan bilis
2  sudu makan sos tiram
1 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa (sebagai perisa + penambah lemak)



Cara memasak

1.       Sawi di potong2 dan dibersihkan.
2.       Siat kecil-kecil cendawan.
3.       Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili  merah ( dipotong-potong layang).  
4.       Tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis.
5.       Masukkan sos tiram bersama sawi dan cendawan dengan sedikit air.
6.       Masukkan air dan  masak hingga mendidih.
7.       Letak garam dan  gula secukup rasa. Dengan sukatan garam dan gula yang cukup kita boleh mengelakkan penggunaan garam/ serbuk perasa. Bagaimanapun pengguna masih boleh menambahkan sendiri sekiranya memerlukan.
8.       Setelah mendidih masakan ini sudah boleh diangkat dan dihidangkan.


 Boleh juga masak berkuah dengan  melebihkan air rebusan.