Resepi kita kali ini mudah sahaja. Sebenarnya kita boleh cari dan membeli perencah sop cendawan di pasaraya atau kompleks
membeli belah. Rebus air, masukan
potongan ayam dan masukan serbuk ayam cendawan segera, tunggu beberapa minit , dah siap. Namun masakan
sendiri dengan sebatian bahan segar pasti
berbeza aromanya dengan rebusan ayam berperencah instant , apatah lagi
rasanya... tentu lebih menyelerakan dan
puashati kita yang menyajikan....
SELAMAT MENCOBA.
SUP AYAM CENDAWAN
( citarasa diolah mengguna Resepi Pulau Batam )
1 ekor ayam
daging ~ dipotong kecil / besar mengikut
citarasa.
cendawan tiram ~ basuh, toskan.
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
4 biji bawang merah ~ ditumbuk
1/2 inci halia ~ diketuk pipih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah sup
3 bijij ubi kentang
1 batang lobak merah ( di potong-potong )
8 biji cili padi ~ jika anda sukakan citarasa pedas
cendawan tiram ~ basuh, toskan.
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
4 biji bawang merah ~ ditumbuk
1/2 inci halia ~ diketuk pipih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah sup
3 bijij ubi kentang
1 batang lobak merah ( di potong-potong )
8 biji cili padi ~ jika anda sukakan citarasa pedas
Sedikit serbuk lada putih (lada
sulah)
1/3 cawan perahan limau nipis
1/3 cawan perahan limau nipis
garam (secukup rasa )
gula (secukup
rasa )
Bahan penumis:
2 btg kulit kayu manis
7 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
6 kelopak bunga lawang
air secukupnya
minyak masak
Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk serta halia.
Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam.
Kacau dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup.
Masak hingga ayam bergaul mesra dengan rempah.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ubi kentang, dan serbuk lada hitam.
Pastu masukkan potongan lobak merah dan masak hingga ubi kentang empuk.
Masukan serbuk lada putih (sulah)
Masukkan garam dan gula, cili padi yang diketuk dan cendawan.
Masukkan garam dan gula, cili padi yang diketuk dan cendawan.
Masak hingga potongan ayam sudah empuk lalu padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Untuk mencantikkan hidangan taburkan sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Pasangan sesuai untuk menghirup sop ini adalah sambal kicap.
Hidangan ini sesuai untuk lauk makan nasi atau pencicah
roti.Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Untuk mencantikkan hidangan taburkan sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Pasangan sesuai untuk menghirup sop ini adalah sambal kicap.
Bagi menggantikan ayam masakan ini boleh juga mengguna daging lembu atau kambing menggantikan daging ayam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan