Jenama bakso sebagai makanan, rasanya sudah diketahui umum. Ramai mengetahui resepi asal makanan tersebut datang dari seberang laut (Indonesia). Menu bakso yang saya pernah lihat, rasa dan pelajari dalam misi perjalanan saya sukar untuk dibilang dengan jari. Dari hujung tanah Aceh ke Lampung, Pulau Sumatera mahupun dari Pelabuhan Merak ke Jambatan Merah, Ampel, Surabaya di Pulau Jawa menampilkan tidak kurang dari 25 citarasa berbeza berkaitan bakso.
Bagaimanapun sebelum kita mendalami 1 persatu resepi bakso, kita mulakan ruangan resepi ini dengan resepi bakso Medan yang kami hidang setiap hari di warong kami.
Bagaimana membuat bebola daging bakso Medan
- Daging lembu segar 1000 gm @1 kg.
- Bawang Merah 2 biji.
- 1 biji Bawang putih (+-10 ulas).
- Lemak sayuran (mayonis) 300 gm.
- Jintan halus & ketumbar 40 gm.
- 1 camca garam.
- Sedikit. Lada sulah.
- 1 biji Bawang putih (+-10 ulas).
- Lemak sayuran (mayonis) 300 gm.
- Jintan halus & ketumbar 40 gm.
- 1 camca garam.
- Sedikit. Lada sulah.
- 5 batang Serai.
- Sedikit. soda bikarbonat.
- Tepung sagu 500 gm.
- 100 gm tepung ubi.
- Tepung gandum 200 gm.
- Gula Halus 40 g.
- Halia 20 gm. .
- Air batu kisar 150 gm.
- Sedikit. soda bikarbonat.
- Tepung sagu 500 gm.
- 100 gm tepung ubi.
- Tepung gandum 200 gm.
- Gula Halus 40 g.
- Halia 20 gm. .
- Air batu kisar 150 gm.
CARA MEMBUAT.
mesin pengisar daging bakso Medan
● Perapkan adunan kira-kira 15 minit.
● Masuk dan gaulkan adunan dengan lemak sayuran.
● Bentukkan adunan menjadi bulat.
bebola bakso Medan sedang di rebus (pandangan dari atas)
● Rebus dengan kadar 68 º C (dengan api kecil) hingga bebola timbul.
● Angkat, biarkan sejuk toskan udara dan sebelum diguna dalam sup.
Kuah sop bakso Medan
Bahan A
250 gram tulang lembu
Bahan B
2 biji bawang besar (dikisar halus)
4 biji bawang kecil ( potong layang )
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 ulas bawang putih ( di potong layang )
50 gram halia (dikisar halus)
50 gram halia (dikisar halus)
Bahan C
3 batang daun sop ( di potong kecil )
2 sudu besar lada putih kisar
2 sudu besar lada hitam kisar
1 sup bunjut @ kiub sup ( jika ingin lebih berasa )
10 ulas cili api, tumbuk kasar (jika ingin lebih pedas)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
2 sudu besar lada putih kisar
2 sudu besar lada hitam kisar
1 sup bunjut @ kiub sup ( jika ingin lebih berasa )
10 ulas cili api, tumbuk kasar (jika ingin lebih pedas)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1. Rebus bahan A / tulang lembu (lebih-kurang setengah
jam)
2. Sementara itu tumis bahan B
hingga naik baunya.
3. Setelah bahan B naik bau, tuang
bahan A keatasnya.
4. Masukan bahan C dan rebus sehingga
mendidih.
5. Kuah sop kita sudah siap untuk
dihidang. Sediakan mangkok-mangkok
berisi bebola daging, dengan bahan-bahan
yang dikehendaki seperti mee hon / mee kasar / mee kerinting (maggie) dan
tuangkan kuah sop kedalamnya.
6. Untuk hiasan tabor bawang goreng / daun sop diatasnya.
Resepi asal warong kami juga disiarkan melalui sesawang :
saya cuba guna daging impot / seuk beku kenapa timbul banyak rekahan pada bebola ? bagaimana cara mengatasinya?
BalasPadamterima kasih kerana sudi mencoba. untuk mengatasi rekahan/ pecah-pecah bila mengguna daging sejuk beku, sila lebihkan tepung gandum dalam sukatan. dicadangkan juga mencoba jenama tepung yang lain kerana terdapat sesetengah tepung gandum kurang daya perekat (melekat) ketika merebus bebola daging lembu.
BalasPadam