Isnin, 15 Jun 2015

IKAN (SELAR KUNING) MASAK KICAP

IKAN SELAR MASAK KICAP





Bahan A
1 kg ikan selar  kuning. ( Boleh juga diganti dengan ikan lain seperti kembong, tengiri, bawal dan sebagainya )
1 cawan kicap cair
Sedikit garam dan kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan B
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih


Bahan C
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
Bahan D
1 biji bawang besar di hiris.

2 biji cili hijau atau cili merah
Daun bawang dan daun sup di hiris.

Cara-caranya

1- Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kuyit lalu digoreng. Tidak perlu terlalu garing. Angkat dan masuk kan ikan kedalam bekas berisi kicap tu. Ketepikan sebentar.

2- Tumbuk sampai lumat  semua bahan B. Panaskan 3 sudu besar minyak kemudian tumis bahan B hingga garing.

3- Masukkan ikan goreng yang dah di campur dengan kicap tadi.menggunakan api yang perlahan. Masukan bahan C.

4- Bila dah mendidih sikit masuk kan bahan D. Kacau  sikit. Masukan garam secukup rasa kerana kebiasaannya kicap sudah sedia masin.

Sabtu, 13 Jun 2015

BAKSO ( Resepi Medan, Sumatera )

Baner bakso Medan  milik keluarga kami di Kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Jenama bakso sebagai makanan, rasanya sudah diketahui umum. Ramai mengetahui resepi asal makanan tersebut datang dari seberang laut (Indonesia). Menu bakso yang saya pernah lihat, rasa dan pelajari dalam misi perjalanan saya sukar untuk dibilang dengan jari. Dari hujung tanah Aceh ke Lampung, Pulau Sumatera  mahupun dari Pelabuhan Merak ke Jambatan Merah, Ampel, Surabaya di Pulau Jawa menampilkan tidak kurang dari 25 citarasa berbeza berkaitan bakso. 
Bagaimanapun sebelum kita mendalami 1 persatu resepi bakso, kita mulakan ruangan resepi ini dengan resepi bakso Medan yang kami hidang setiap hari di warong kami.




Bagaimana membuat bebola daging bakso Medan 

Daging lembu segar 1000 gm @1 kg. 
- Bawang Merah 2 biji.
- 1 biji Bawang putih (+-10 ulas).
- Lemak sayuran (mayonis) 300 gm.
- Jintan halus & ketumbar 40 gm.
- 1 camca garam.
- Sedikit. Lada sulah. 
- 5 batang Serai. 
- Sedikit. soda bikarbonat.
- Tepung sagu 500 gm.
- 100 gm tepung ubi.
- Tepung gandum 200 gm.
- Gula Halus 40 g.
- Halia 20 gm. .
- Air batu kisar 150 gm. 

CARA MEMBUAT. 

mesin pengisar daging bakso Medan

● Kisar dan gaul semua kecuali lemak sayuran.
● Perapkan adunan kira-kira 15 minit.
● Masuk dan gaulkan adunan dengan lemak sayuran.
● Bentukkan adunan menjadi bulat. 

bebola bakso Medan sedang di rebus (pandangan dari atas)

● Rebus dengan kadar 68 ยบ C (dengan api kecil) hingga bebola timbul.
● Angkat, biarkan sejuk toskan udara dan sebelum diguna dalam sup.


Kuah sop bakso Medan 

Bahan  A
250 gram tulang lembu

Bahan B
2 biji bawang besar (dikisar halus)
4 biji bawang kecil ( potong layang )
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 ulas bawang putih ( di potong layang )
50 gram halia (dikisar halus)

Bahan C
3 batang daun sop ( di potong kecil )
2 sudu besar lada putih kisar
2 sudu besar lada hitam kisar
1 sup bunjut @ kiub sup ( jika ingin lebih berasa )
10 ulas cili api, tumbuk kasar (jika ingin lebih pedas)
Garam secukup rasa
Air secukupnya


 Cara  memasak



1.  Rebus  bahan A / tulang lembu (lebih-kurang setengah jam)



2.  Sementara itu tumis bahan B hingga naik baunya.

3.  Setelah bahan B naik bau, tuang bahan A keatasnya.

4.  Masukan bahan C dan rebus sehingga mendidih.



5.  Kuah sop kita sudah siap untuk dihidang. Sediakan mangkok-mangkok 
berisi bebola daging, dengan bahan-bahan yang dikehendaki seperti mee hon / mee kasar / mee kerinting (maggie) dan tuangkan kuah sop kedalamnya.


6. Untuk hiasan tabor bawang goreng / daun sop diatasnya.


Resepi asal warong kami juga disiarkan melalui sesawang :