Selasa, 13 Jun 2017

SOP AYAM CENDAWAN


Resepi kita kali ini mudah sahaja.  Sebenarnya kita boleh cari dan  membeli perencah  sop cendawan di pasaraya atau kompleks membeli belah. Rebus air,  masukan potongan ayam dan masukan serbuk ayam cendawan segera, tunggu beberapa minit ,  dah siap.  Namun  masakan sendiri dengan sebatian bahan segar pasti  berbeza aromanya dengan  rebusan  ayam berperencah instant , apatah lagi rasanya... tentu lebih  menyelerakan dan puashati kita yang menyajikan....  SELAMAT  MENCOBA.

                             SUP AYAM CENDAWAN
( citarasa diolah mengguna  Resepi  Pulau Batam )


                   
 Bahan2:
1 ekor  ayam daging ~ dipotong kecil / besar  mengikut citarasa.
cendawan tiram ~ basuh, toskan.
4  ulas bawang putih ~ ditumbuk
4  biji  bawang merah ~ ditumbuk
1/2 inci halia ~ diketuk  pipih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3   sudu besar rempah sup
3  bijij ubi kentang


1 batang lobak merah ( di potong-potong )
8  biji cili padi ~ jika anda sukakan citarasa pedas
Sedikit serbuk lada putih (lada sulah)
1/3  cawan perahan limau nipis
garam  (secukup rasa )
gula  (secukup rasa )

Bahan penumis:
2  btg kulit kayu manis
7 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
6  kelopak bunga lawang
air secukupnya
minyak masak









Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk serta halia.
Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam.
Kacau dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup.
Masak hingga ayam bergaul mesra dengan rempah.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ubi kentang, dan serbuk lada hitam.
Pastu masukkan potongan lobak merah dan masak hingga ubi kentang empuk.
Masukan serbuk lada putih (sulah)
Masukkan garam dan gula, cili padi yang diketuk dan cendawan.
Masak hingga potongan ayam sudah empuk lalu  padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Untuk mencantikkan hidangan  taburkan sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Pasangan sesuai untuk menghirup sop ini adalah  sambal kicap.
Hidangan ini sesuai untuk lauk makan nasi atau pencicah roti.

Bagi menggantikan ayam masakan ini  boleh juga mengguna  daging lembu atau kambing menggantikan daging ayam..