Selasa, 5 Julai 2016

DAGING LEMBU MASAK RENDANG ( resepi Padang Sumatera)

Menjelang hari raya aidil fitri yang bakal menjelang, kena buat lauk untuk pasangan makan dengan ketupat dan juga dengan nasi. Salah satu resepi yang sesuai pada keluarga kami adalah daging masak rendang. Boleh guna daging alembu, ayam, kambing dan lain-lain tetapi untuk ruang ini kita masak guna daging lembu, ok....

DAGING LEMBU MASAK RENDANG 


Bahan A

1 kg daging   (di hiris layang)
10 biji bawang merah  ( sederhana besar)
7 ulas bawang putih
3 inci halia

Bahan B 
3 inci lengkuas muda
8 batang serai  (di ketuk dan hiris layang)
30 gm ketumbar ( tumbuk halus)
25 gm jintan manis      sangai hingga wangi )
25 gm jintan putih      

50 gm cili ( tumbuk atau kisar halus )
2 biji kelapa ( ambil santan nya )
20 gm kerisik 
5 helai daun kunyit ( dicarik-carik )
5 helai daun limau purutSedikit garam, asam jawa dan  gula

Cara  Membuat.
Kisar bahan A kecuali daging lembu. Tapis airnya ( jangan dibuang ) kerana sesuai untuk menambah perisa mengisar bahan B. Tambah sedikit air jika lebihan air terlalu sedikit. Kisar bahan B.


Panaskan minyak lalu tumis  bahan A hingga berubah warna. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging sudah tiga suku masak, masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula secukup rasa.


 Bila rendang telah agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak dari daging.  Rendang  akan menjadi lebih tahan lama apabila lelehan minyak keluar dari tumisan rendang.
Masukan dedaun limau purut dan tumis sebentar untuk mendapatkan aroma wangi rendang.
Sajian masakan kita sudah siap untuk dihidang.